5 TIPS MEMBACA DI BULAN RAMADAN

Spread the love

Siapa di sini, merasakan agak sukar untuk meluangkan masa membaca buku di dalam bulan Ramadan? Ada antara kita yang mungkin memanfaatkan bulan ini untuk memperbanyakkan ibadah. Menambah ilmu baru yang bermanfaat juga boleh dikira ibadah. Mari kita baca beberapa tips yang boleh digunakan sepanjang bulan ini. 🥰

1. Fokus beberapa buku sahaja

Apabila kita fokus dengan buku tertentu, lebih mudah untuk kita meletakkan target dan masa yang sesuai untuk membacanya. Tidak perlu meletakkan target yang besar untuk menghabiskan satu buku sehari contohnya. Cukup fokus pada satu buku sahaja untuk tempoh masa sebulan Ramadan sudah memadai.

2. Pilih buku yang sesuai dengan Ramadan

Pemilihan buku yang sesuai ini penting untuk memudahkan kita mengaitkan ilmu yang baru dibaca dengan dengan pengalaman sepanjang Ramadan. Pembacaan buku ini juga mampu membuat kita lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadah puasa.

3. Tetapkan masa tertentu untuk membaca

Pilih masa yang kita selesa untuk membaca dalam satu hari. Tidak kisah pagi atau malam. Mungkin selepas membaca Al-Quran, kita boleh luangkan 10 minit atau satu topik dari buku untuk dibaca. Bagi mereka yang uzur syarie (tidak boleh solat) boleh manfaatkan masa ini untuk menggantikan masa membaca Al-Quran dengan bahan bacaan yang baru.

4. Pilih sudut atau tempat yang selesa

Sudut yang selesa mampu menaikkan semangat kita untuk memulakan pembacaan dengan baik. Ia juga mampu memberi ruang untuk kita lebih teruja membaca buku dan menghadam ilmu baru.

5. Jangan rasa terpaksa. Raikan masa yang ada

Jika anda merasakan tidak ada masa langsung untuk membaca, tidak mengapa. Cukup memulakan dengan membaca terjemahan Al-Quran atau artikel pendek berkenaan Ramadan sudah memadai. Intinya, yang penting kita memanfaatkan setiap masa di bulan Ramadan ini dengan aktiviti yang bermanfaat. 

Jika anda mencari bahan bacaan baru untuk dibaca Ramadan ini boleh terus ke imanshoppe.com. Selamat membaca! ☺️

(Visited 3 times, 3 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *