Selamat Tinggal kedai Iman Shoppe…

Spread the love

Transformasi Iman Shoppe dari retail (brick & mortar) kepada e-commerce.

Iman Shoppe bermula pada tahun 2012 dengan jualan buku dan majalah di ruang ofis tingkat 1 di Seri Kembangan. Mulanya kami menyewa ruangan yang kecil, namun perlahan-lahan kami belajar melebarkan jualan dengan memperkasakan e-commerce.

Jualan di kedai yang kebanyakannya dari ejen-ejen dalam dan luar negara sangat memberansangkan pada 3 tahun pertama. Di waktu itu ramai masih cenderung membeli di kedai buku berbanding online.

Iman Shoppe bermula kerana di waktu itu kami menyedari betapa susahnya orang tarbiah dan usrah mahu mendapatkan buku-buku bacaan islamik. Sehinggakan saban tahun saya pulang bercuti ke Malaysia sewaktu belajar di UK, kami terpaksa pergi ke Masjid Jamek untuk membeli buku islamik dan tarbiah, import dari indonesia mahupun terbitan Malaysia.

Azam saya, selain dari menerbitkan bahan yang membantu memudahkan perjalanan usrah (dengan lahirnya Majalah Jom) sehinggalah membuka kedai buku yang mudah untuk para pelajar dari luar negara mahupun dalam negera mendapatkan bahan bacaan. Sehinggakan jiran sekeliling agak aneh bagaimana kedai di tingkat 1 boleh mendapat ramai pelanggan.

Kedai buku Imanshoppe yang asal, circa Mei 2012

Di ruang sebelah kedai Iman Shoppe di waktu itu, terdapat ruang pelajar berkumpul dan berprogram. Kami mendapat pelanggan hampir setiap hujung minggu sehingga boleh sustain operasi sewaktu awal pertubuhan.

Di waktu itu kami belajar, pentingnya untuk fokus kepada niche customers, dan membangunkan customers kami dari situ. Sedikit demi sedikit, kami belajar apakah kehendak dan selera pembaca buku di Iman Shoppe.

Dari situ, lahirlah Iman Publication pada 2013 kerana menyedari kami tidak boleh lagi bergantung kepada penerbit luar untuk menghasilkan buku yang diperlukan oleh pelanggan.

Judul-judul awal terbitan Iman Publication

Iman Shoppe diwaktu itu mula memperkasakan e-Commerce kami, cuma usaha itu tidak memberikan traction yang diharapkan. Barangkali di waktu itu masih lagi berjimat cermat dan tidak punya kepakaran untuk membangunkan lagi e-commerce imanshoppe.com.

Jualan Iman Shoppe paling besarnya adalah dari retail sehingga pernah mencecah RM50 ribu sebulan. Sehinggalah setelah PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2015, dengan cash reserve yang ada, kami laburkan sebahagian keuntungan untuk menyewa tingkat bawah/ ground floor yang lebih luas dan lapang, dengan reka bentuk seperti butik buku.

BTS renovasi kedai Iman Shoppe

Fokus kami masih lagi niche dan ramai pelanggan yang asalnya dahulu pelajar masih lagi datang untuk bertemu kawan-kawan dari luar negara mahupun dalam negara.

Di kedai baru, bukan sekadar menjadi tempat untuk berukhuwah, tetapi juga tempat berlakunya program-program keilmuan yang mendorong lebih ramai orang hadir ke kedai kami. Judul buku dan susunan layout pun ditambah baikkan sehingga mencipta kenangan bagi pengunjung yang hadir di Iman Shoppe.

Iman Shoppe menjadi saksi bagaimana kami bertumbuh di arena industri buku ini. Semenjak 2017, Iman Shoppe semakin serius mengembangkan e-commerce juga mengembangkan channel jualan yang lain. Sewaktu itu, kami juga disedarkan betapa sukarnya retail ini untuk dikembangkan dari jualan baselinenya – yang di waktu itu statik dalam RM 20-25k sebulan.

Game retail adalah game location. Untuk mengembangkan business model retail, perlulah mengembangkan jumlah cawangan retail di tempat strategik. Samada di lokasi rumah kedai strategik dan juga shopping mall.

Dahulunya target kami adalah pelajar, tetapi kini sudah tidak begitu. Untuk meneruskan game retail maksudnya kami perlu bersiap-sedia dengan game cost capital yang besar. Biasanya kalau proper kedai buku ; perlukan dua lot, juga rak buku dan kos renovation, akan mengambil kos sebanyak RM500k-RM1 juta jika kami betul-betul nak masuk game retail.

Maka kami memilih untuk membesarkan channel-chanel jualan yang lain; E-Commerce, PBAKL, Ejen dan Distribution.

Sehinggakan jualan online di www.imanshoppe.com sebulan adalah lebih banyak dari jualan setahun kedai di retail Iman Shoppe. Tahun 2019 kami sudah menyedari bahawa kedai Iman Shoppe beroperasi dalam kerugian. Kebanyakan pelanggan telah mula membeli di website www.imanshoppe.com.

Bagi menyedapkan hati kami, kami kekalkan retail itu untuk tujuan pemasaran dan engagement dengan pelanggan. Pada hujung minggu saya akan datang ke kedai untuk bertemu dan berkenalan dengan mereka yang datang ke Iman Shoppe untuk memahami apa yang dicari mereka.

Begitu juga di kedailah juga kami bertemu bakal penulis mahupun rakan-rakan bisnes yang lain. Team marketing dan sales pun mudah untuk menggunakan ruang di kedai untuk mengambil gambar buku untuk tujuan pemasaran.

Sesi Townhall bersama tim IMAN, mid 2019

Setelah melihat bahawa jika kamimahu IMAN terus terbang tinggi, kami harus memilih jalan yang boleh kami scalekan dengan lebih jauh, lebih efisien, dengan kos yang lebih rendah. Kos buka website dan maintenance website jauh lebih rendah berbanding dengan menjaga kos operasi kedai.

Membuka lebih banyak kedai buku fizikal merupakan langkah tidak bijak di waktu ini kecuali jika kami yakin dapat menembusi masyarakat setempat. Sedangkan customer IMAN sudah merata tempat termasuk dari luar negara dan merupakan digital natives. Bila kita fokus kepada satu bidang, memang banyak perkara baru yang kita discover dan banyak perkara perlu kita lakukan untuk benar-benar kuasai bidang itu.

Warehouse & HQ IMAN @ Kajang

Di Malaysia, market online untuk buku sangat terbuka peluangnya. Setiap hari team IMAN belajar bagaimana melajukan flywheel untuk business model e-commerce Iman Shoppe –> termasuk fast delivery dan reduce operation cost.

Perjalanan masih lagi jauh dan banyak perlu dibaiki.

Selain dari itu , IMAN juga akan mula fokus kepada digital contents berbentuk Video Live dan Webinar. Q1 ini masih lagi fasa validasi dan setup the right team. InsyaAllah more news will come.

Tempat jatuh dikenang, apatah lagi tempat kita bermula. Saya belajar mengenai industri buku dengan menubuhkan kedai buku. Banyak kerugian dan kejayaan yang telah dilalui, semua itu sangat mengkayakan kami sebagai sebuah kumpulan.

Namun, kini IMAN harus terbang lebih jauh dan tidak boleh lagi melihat kepada kenangan. Yang penting, langkah yang diambil tentunya untuk masa depan yang lebih baik.

Dengan berat hatinya, saya ingin mengumumkan bahawa kedai Iman Shoppe di Seri Kembangan akan ditutup pada 15 Mac 2021, sebulan dari sekarang. Penutupan ini tidak bermakna syarikat kami mengalami masalah, cuma channel jualan ini tidak lagi memberikan keuntungan.

Iman Shoppe akan fokus kepada platform digital dalam semua rangkaian jualan kecuali distribution. Pembelian buku dari Imanshoppe selepas ini adalah menerusi online sahaja iaitu www.imanshoppe.com.

Bagi meraikan pelanggan IMANSHOPPE yang setia menyokong IMAN semenjak 9 tahun yang lepas, Iman Shoppe di Seri Kembangan akan dibuka buat kali terakhir dengan jualan tutup kedai bermula 21 sehingga 28 Februari 2021 ( Ahad ini sehingga Ahad depan).

Setelah itu kami perlu memerlukan urusan penutupan kedai dengan lebih teratur.

Adakah Iman Shoppe akan buka kedai fizikal satu masa nanti? Insyaallah pada tahun 2023.

Kedai buku adalah taman permainan dan ruang kami mencipta kebahagiaan. Kalau keluar pun selalu akan ke kedai buku juga. Menjadi impian seterusnya jika kami berjaya membuka kedai buku yang mempunyai standard yang tinggi.

Biar satu atau dua, tetapi berprestij tinggi. Buat masa ini, Iman Shoppe akan berfokus kepada jualan online dahulu. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, terutama pengunjung tetap IMANSHOPPE yang selama ini banyak menyokong Iman Shoppe dari sewaktu kedai kami di tingkat 1 sehingga sekarang.

Sudah pasti tidak akan pernah boleh lupa semua kenangan yang banyak membentuk diri kami sehingga saat ini. Kita tak terikat dengan bangunan, tetapi kita pasti terikat dengan kenangan di dalamnya.

Teruskan memberi sokongan kepada imanshoppe.com sepertimana kalian memberi sokongan kepada kedai Imanshoppe.

Nur Aisyah Zainordin
Group CEO of IMAN Media Group Sdn. Bhd.
Founder of IMAN Shoppe & IMAN Publication

(Visited 1,235 times, 1 visits today)

04 comments on “Selamat Tinggal kedai Iman Shoppe…

  • Muhammad Qamarul , Direct link to comment

    Assalamualaikum team IMAN, terima kasih atas segala usaha dalam industri buku. Saya mengenali IMAN melalui majalah Jom! dan saya masih setia beli buku keluaran IMAN atau judul dari penerbit yang bernaung. Terima kasih untuk buku – buku yang saya kira contentnya tak ternilai. Penuh nilai moral yang jarang kita jumpa dekat industri buku di Malaysia ni. Tahniah!

    Moga IMAN terus terbang tinggi !

  • Haiza , Direct link to comment

    Assalamu’alaikum, Selamat maju jaya ImanShoppe. Cuma nak bertanya, adakah rak2 buku di kedai akan turut dijual?
    Terima kasih

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *