REVIU BUKU: Sekali Lagi

Spread the love

“Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!”

Ramai sangat orang review kata best, akhirnya saya yang dengan tujuan asal hanya ingin membelek, terus menghabiskan bacaan dalam masa 2 jam.

Novel ni memang luar biasa sebab ni pertama kali saya baca novel melayu yang membawa konsep merentas masa. Biasa kita tengok movie atau baca novel orang putih je cam tu, tapi Sekali Lagi berjaya membawa konsep baru.

Gaya penulisan kak Auni betul-betul berjaya membawa saya mengembara bersama watak-watak di dalamnya, sampai saya rasakan watak-watak ini seolah berada di sekeliling saya. Dan setelah selesai pembacaan, saya bahkan perlu duduk dan melihat sekeliling kerana ingin kembali berpijak di bumi nyata dan keluar dari cerita Khalis & Nadiah 😂

Nadiah (watak utama) dalam kehidupan sebenarnya telah kehilangan seorang suami (Khalis) dan sebelum itu Nadiah kehilangan anaknya mengalami kemurungan dan tak boleh menerima hakikat tersebut.

Kawan baiknya Ilyani menghadiahkan Nadiah sebuah diari merah yang dijumpai di perpustakaan untuk Nadiah tuliskan segala kesedihannya. Namun, diari tersebut bukanlah sekadar sebuah buku biasa, diari tersebut boleh membawa sesiapa sahaja yang menulis dan membacanya pergi ke masa lalu.

Nadiah kembali ke masa usianya 16 tahun (dalam tubuhnya 32 tahun) & berusaha mendapatkan semula suaminya dan mengubah kehidupan silamnya. Nadiah dilihat sebagai orang yg dapat meramal masa dengan tepat. Dek kerana itu, Nadiah diejek, dipinggirkan dan dikatakan gila. Dalam proses itu, Nadiah kehilangan sahabat baiknya pula yang seharusnya dalam kehidupan yg asal, sahabatnya masih hidup.

Cerita Khalis & Nadiah dalam novel ini mengajar banyak hal. Tapi saya yakin hikmah utama yang ingin penulis sampaikan adalah mengenai takdir.

Kita sering berkalau-kalau, “kalau aku buat macam ni mesti tak jadi macam niiii” dan seumpamanya. Dan saat kalau itu kita ungkapkan, kita seolah tidak bersyukur dengan apa yg kita lalui detik ini, kita seolah meletakkan bahawa Tuhan itu lemah kerana dia telah menyusun hidup kita dengan begitu salah sekali, kita merasakan takdir itu selalu tidak adil, sedangkan kita yang harus belajar menerima, melepaskan dan berdamai dengan masa lalu.

Reviu novel Sekali Lagi ini dikongsikan oleh Aya_Booksboutique

Dapatkan novel ‘SEKALI LAGI’ oleh Auni Zainal di kedai buku seluruh Malaysia atau di www.imanshoppe.com

Reviu oleh,

Hidayah Hamid,

Penulis Konten IMAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *