Persediaan yang Perlu Dilakukan Setelah COVID-19 Berakhir

Spread the love

Wabak COVID-19 yang melanda telah mengganggu norma kebiasaan rakyat Malaysia – terutamanya daripada sudut sosial, ekonomi, mahupun kekeluargaan, serta memberi kesan kepada kedua-dua fizikal dan mental.

Walau bagaimanapun, sesudah COVID-19 berakhir, ia belum lagi masa untuk bergembira. Ia tempoh bagi kita melaksanakan misi kesejahteraan untuk waktu yang tak diduga-duga nanti. 

Sekiranya ditakdirkan Tuhan, ada COVID-19 2.0 yang akan melanda beberapa tahun lagi, adakah kita sudah menyediakan payung selebar-lebarnya pada ketika itu? 

Untuk persediaan ke arah ‘peristiwa’ itu, saya menyenaraikan dua aspek sebagai panduan yang boleh diberi perhatian. 

Persediaan Kewangan

Individu yang bekerja sendiri dan independent menjadi golongan majoriti yang terjejas dalam tempoh ini. Yang parahnya apabila kelompok ini tidak menyediakan sebarang back up plan terhadap sumber kewangan mereka. 

Apabila saya maksudkan golongan sebegini, tidak bermaksud yang lain berkecuali. COVID-19 memukul rata semua orang dengan masalah-masalah tersendiri, sama ada kecil yang meresahkan, atau besar yang menggugah.

Money in Malaysia: Banks, ATMs, cards & currency exchange ...

Untuk aspek kewangan, saya menyarankan anda melakukan dua fasa tindakan:

1. Fasa pertama, anda perlu menyediakan tabungan sebanyak tiga bulan gaji.

Jika berjaya, anda sasarkan matlamat untuk menabung selama enam bulan gaji. Apabila selesai, tabungan ini mesti disisihkan ke tepi (tidak diusik sama sekali). Tabungan ini bagi digunakan pada masa-masa terdesak sahaja.

2. Fasa kedua, melabur.

Laburkan duit anda dalam ASB mahupun simpanan Tabung Haji. Walaupun hasil dividen lebih kecil, ia lebih mudah dan selamat. Jika anda mahu lebih advance, anda digalakkan mempelajari cara-cara melabur di dalam platform saham yang lebih meluas seperti di Bursa Malaysia.

Selain simpanan dan pelaburan, anda disarankan untuk membina sumber kewangan tambahan. Jangan terlalu bergantung dengan profesion utama anda – hanya satu ‘telaga rezeki’.

Cuba adakan beberapa sumber kewangan bergantung pada keupayaan anda.

Anda boleh lakukan kerja sambilan, atau buka perniagaan yang tidak memerlukan usaha dan pantauan yang kerap seperti dropship atau perniagaan online lain.

Jika anda masih muda dan bertenaga, ia adalah anugerah yang terbaik – gunakannya dan korbankan keselesaan masa kini untuk keselesaan akan datang.

Menambah Kemahiran

Tambah kemahiran anda yang sedia ada. Kemahiran yang boleh dipelajari adalah yang meliputi economical-based mahupun survival-ability.

Antara kemahiran ini seperti programming mahupun coding, kemahiran design dengan software seperti Adobe Illustrator, Photoshop atau After Effect, suntingan video hatta audio, dan kemahiran membangunkan laman web (web developing).

gray laptop computer on brown wooden desk

Dalam bidang perniagaan pelajari copy writing, content writing dan story telling. Ilmu bidang pemasaran media sosial (Facebook Ads) ataupun online marketing juga boleh dipelajar secara autodidak (sendiri).

Selain kemahiran digital, kemahiran yang bernuansa fizikal jangan dipandang enteng. Kemahiran seperti menjahit, mengurut, memasak, wiring dan elektrikal,  kemahiran membaiki enjin dan alat elektronik, selain bersifat  survival-ability, mampu menjana sumber pendapatan.

Semua kemahiran ini bukan dipelajari untuk ‘dipakai-dan-dibuang’. Anda tak semestinya perlu memiliki kesemuanya. Ambil yang anda yakin bermanfaat untuk diri anda, pelajarinya dengan baik, amalkan sepenuhnya – be a master – strategikan perkembangannya pada jalan yang betul, insya Allah ia akan menghasilkan keuntungan buat anda. 

Dua aspek di atas adalah sebahagian daripada apa yang boleh anda lakukan sebagai persediaan pada masa hadapan. Ya, aspek-aspek itu tidak mudah dilakukan. Ia memerlukan banyak pengorbanan, malah masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mustahil. 

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

person making sushi

Allah Beri Ujian Sebagai Latihan

Tuhan memberi ujian sebegini sebagai satu sesi latihan. Tak semestinya sesiapa yang berjaya mengharungi sehingga ke penghujung akan dinobat sebagai orang yang berjaya. Ia bersyarat. Yakni mereka yang mengambil pengajaran dengan sebenar-benarnya – dengan melaksanakan ‘tindakan’, bukan setakat ‘berbuah fikiran’ – adalah mereka yang terkelompok dalam golongan mempunyai persediaan dengan malapetaka yang sama. 

Jangan biarkan diri sendiri jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.

Kita tidak tahu tentang masa depan yang menanti, maka sekaranglah masa untuk menjadi peduli – supaya pada waktu itu kita tidak hanya menjadi pemerhati. Tapi kita ada ‘kekuatan’ bukan semata untuk diri sendiri, bahkan untuk orang lain di sekitar kita.

Apakah perkara-perkara yang akan anda lakukan setelah tempoh kawalan pergerakan COVID-19 ini berakhir? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah!

 

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Penulisan oleh,

Mohd Zulkefli,

Editor IMAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *