Pandemik Covid-19 : 7 Tips ‘WFH’ Untuk Kekal Produktif

Spread the love

Bermula semalam, banyak syarikat- syarikat dan institusi telah memulakan polisi kerja dari rumah atau ‘work from home’ (WFH). Hal ini bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan buat seluruh rakyat Malaysia. Namun, kita memahami cabaran yang dihadapi oleh para pekerja utk bekerja dari rumah terutama dari segi masa, ruang dan fokus. Tips ini adalah untuk rujukan bersama ketika melaksanakan ‘WFH’ bagi mengekalkan momentum dan juga produktiviti walau di mana berada.

 

1. Etika Pakaian

– Elakkan memakai baju kelawar, kain pelekat atau yang seumpama
– Pakai pakaian yang sesuai boleh mempengaruhi mood kerja
– Jika ada conference meeting, mohon pakai yang menutup aurat bagi wanita

 

2. Ruang Kerja

– Sediakan ruang sesuai untuk membuat kerja
– Jika boleh, sediakan meja dengan pencahayaan yang baik untuk ruang tersebut
– Elakkan tempat yang boleh menghalang fokus (contohnya :bilik tidur, ruang tamu)

 

3. Perlu Berdisiplin

– Perlu mematuhi jadual yang sudah ditetapkan oleh syarikat
– Contoh ‘punch in’ jam 9.30 pagi dan daily to-do-list di Basecamp
– Segala arahan sila rujuk pengurus masing-masing

 

4. Masa Fleksibel

– Kita faham cabaran dan gangguan yang akan berlaku dgn ‘WFH’ ini
– Fleksibel yang dimaksudkan ialah dibenarkan membuat kerja mengikut waktu dan keselesaan masing-masing
– Apa yang penting kekalkan disiplin, ‘stay focus’ dan ‘get things done’

Tambahan tips bagi pekerja yang telah berkeluarga.

 

5. Berbincang dengan Pasangan

– Lakukan perbincangan bersama supaya pasangan memahami terutamanya jika pasangan juga perlu ‘WFH’
– Jika perlu, boleh sediakan jadual yang disepakati bersama
– Contoh waktu pagi untuk suami dan waktu petang untuk isteri pula melakukan kerja

 

6. Masa Fleksibel

– Boleh jadi masa yang sesuai untuk buat kerja ialah bukan waktu ‘office hour’
– Para ibu atau bapa boleh memilih waktu yang paling selesa untuk melakukan kerja
– Contoh ketika awal pagi dan ketika anak tidur. Syarikat mengalu-alukan masa bekerja begini
– Namun harus diberitahu kepada pengurus masing-masing

 

7. 30 Minutes Rule

– Mulakan hari dengan meluangkan masa 30 minit untuk anak-anak 6 tahun ke bawah
– Mengikut kajian, bermain selama 30 minit dengan ibu bapa boleh membuat anak bermain sendiri untuk tempoh lebih kurang 1 jam
– Hal ini dapat menjamin fokus, kualiti kerja dan kegembiraan semua pihak Insyallah

Disediakan oleh,

Puan Nurul Huda Ahmad Nawawi,

Pengurus Bahagian Penguruan Manusia IMAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *