Mengapa Kita Bertakbir Pada 1 Syawal

Spread the love

Sama ada Sabtu atau Ahad ini, kita bakal menyambut Hari Lebaran.

Hari Raya Aidulfitri adalah hari yang amat dinanti-nantikan. Masakan tidak, setelah sebulan berhempas pulas menahan lapar dan dahaga, tentu sekali setiap penat lelah kita layak menerima penghargaan, bukan?

Hari Raya Aidulfitri mengikut resam Syariatnya mula disambut dengan bertakbir pada malam tanggal 1 Syawal. Dari sinilah datangnya satu persoalan penting yang barangkali kerap juga kita terlepas pandangan untuk bertanya.
Mengapa kita bertakbir pada 1 Syawal?

 

Membesarkan Allah SWT

Takbir pada 1 Syawal merupakan suatu sunnah yang disyariatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran, dalam Surah al-Baqarah ayat ke-185. Pada halaman sama terdapat ayat yang mengkhabarkan tentang puasa Ramadan.

ูˆูŽู„ูุชููƒู’ู…ูู„ููˆุง ุงู„ู’ุนูุฏู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽู„ูุชููƒูŽุจู‘ูุฑููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูŽุง ู‡ูŽุฏูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุดู’ูƒูุฑููˆู†ูŽ
โ€œDan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.โ€
(Surah al-Baqarah: 185)

Dari segi bahasa, takbir membawa maksud membesarkan sesuatu. Yang dibesarkan itu adalah Allah SWT sebagaimana yang disampaikan oleh ayat di atas.

Waktu takbir Aidiladha | Harian Metro

Adakah Allah SWT tidak cukup besar sehingga kita masih perlu membesarkan Dia? Tentu sekali tidak. Kita harus memahami bahawa takbir di sini bukan kerana hendak membesarkan Allah SWT, sebaliknya hendak โ€˜mengecilkanโ€™ makhluk-Nya pada pandangan kita.

Tidak cukup simpan di dalam hati, takbir ini perlu dilafazkan. Sebagaimana kita mengangkat tangan berikrar lalu melaungkan rangkap demi rangkap bagi menumpahkan taat setia kita kepada Rukun Negara, seperti itu jugalah lafaz takbir yang mematerikan taat setia kita pula kepada Tuhan.

Ia menjentik dan menggertak hati kita untuk beremosi lantas menghayati bait-bait yang terkandung dalam takbir walaupun takbir seringkas โ€˜Allahu akbar!โ€™

Allah SWT itu Maha Besar!

Takbir mula dilaungkan pada waktu berbuka puasa, iaitu saat terbenamnya matahari dan naiknya bulan 1 Syawal. Ditamatkan pula takbir itu saat Imam bangkit memimpin Solat Sunat Hari Raya pada keesokan harinya. Tidak pula ditetapkan secara terhad cara takbir itu dilafazkan atau di mana lokasinya.

Lafaz Takbir

Oleh kerana pensyariatan takbir pada 1 Syawal ini dinyatakan secara umum, maka tidaklah perlu diberat-beratkan dari segi pemilihan lafaz-lafaz takbir.

Kita perlu seimbangkan antara Fiqh al-Jawarih (tatacara teknikal) dengan Fiqh al-Qalb (penghayatan) dalam menjalankan amalan-amalan dalam Syariat Islam.

Jika mahu fikir semata-mata kepada urusan teknikal, banyaknya takbir kita itu jadi kosong pula.

Maka apalah erti lafaz tetapi tidak difahami makna dan dicermati kehendaknya. Sedangkan semasa berbicara dengan manusia pun kita perlu memahami, bukan sekadar mendengar atau berbasa-basi saja. Apatah lagi bila berbicara dengan Tuhan sekalian manusia.

Antara salah satu tambahan kepada takbir yang biasa diamalkan di Alam Melayu adalah lafaz ini:

ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ุตุฏู‚ ูˆุนุฏุฉ ูˆู†ุตุฑ ุนุจุฏู‡ ูˆุฃุนุฒ ุฌู†ุฏู‡ ูˆู‡ุฒู… ุงู„ุฃุญุฒุงุจ ูˆุญุฏู‡
โ€œTiada Tuhan kecuali Allah satu-satunya, benarlah janji-Nya, Dia memberi kemenangan kepada hamba-Nya, Dia memuliakan tentera-Nya, Dia memusnahkan al-Ahzab secara sendirian.โ€

Rangkaian lafaz takbir di Alam Melayu akan memainkan โ€˜bridgeโ€™ ini di tengah-tengah takbir yang panjang, kebiasaannya orang yang memimpin takbir yang akan melafazkannya.

Walaupun berbeza dan tidak sempurna pula dari segi kandungannya, takbir ini ada asasnya dalam Sunnah iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.


Asas Lafaz Takbir Menurut Sunnah

Lafaz takbir ini sering dilaungkan Nabi SAW ketika pula daripada ekspedisi perang, Haji ataupun Umrah.

Menurut Qadi โ€˜Iyyad, lafaz al-Ahzab pada takbir berkenaan yang bermaksud pakatan-pakatan merujuk kepada pakatan musuh yang bergabung menentang pasukan Muslimin dalam peristiwa bersejarah Perang Ahzab.

Apakah signifikannya mengenang kembali peristiwa Perang Ahzab pada tahun-tahun selanjutnya, lebih-lebih lagi ia disebut-sebut sepulangnya dari acara besar seperti perang, Haji dan Umrah?

Tidak lain tidak bukan, tentu ada pengajaran besar daripada Perang Ahzab yang diminta oleh Baginda SAW kepada kita untuk menghayatinya.

 

Perang Ahzab

Amat sepadan, Perang Ahzab berlangsung pada bulan Syawal tahun ke-4 Hijrah. Ia berlaku sebagai rentetan kepada perang-perang sebelumnya yang menyaksikan pertembungan pasukan Muslimin dengan Musyrikin Quraisy, Yahudi Banu Nadir dan Yahudi Banu Qainuqaโ€™ dalam sesi perang yang berasingan.

MENGGALI PARIT PERANG KHANDAK: PERMULAAN KEMENANGAN ISLAM (16 ...

Kali ini dalam Perang Ahzab, kesemua pihak yang memusuhi pasukan Muslimin bergabung termasuklah Arab Badwi yang mendiami pinggiran tanah Hijaz seperti Ghatafan dan Tihamah yang berjumlah penuh 10,000 orang. 

Lebih teruk, lebih kurang 2000 orang Yahudi Banu Quraizah yang berada dalam Kota Madinah sendiri berpaling tadah. Menandakan 12,000 orang musuh lengkap bersenjata berhadapan dengan para Muslimin yang belum pun menjangkaui 5000 orang termasuk orang-orang tua dan melarat, wanita, dan kanak-kanak.

Apakah perasaan dan emosi Baginda SAW serta Sahabat RA? Tentu sekali berkecamuk dan berbolak-balik. Bukan saya mengagak emosi ini. Ia digambarkan sendiri oleh firman Allah SWT:

ุฅูุฐู’ ุฌูŽุงุกููˆูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ููŽูˆู’ู‚ููƒูู…ู’ ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฃูŽุณู’ููŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฅูุฐู’ ุฒูŽุงุบูŽุชู ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑู ูˆูŽุจูŽู„ูŽุบูŽุชู ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ุงู„ู’ุญูŽู†ูŽุงุฌูุฑูŽ ูˆูŽุชูŽุธูู†ู‘ููˆู†ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุธู‘ูู†ููˆู†ูŽ

ู‡ูู†ูŽุงู„ููƒูŽ ุงุจู’ุชูู„ููŠูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ูˆูŽุฒูู„ู’ุฒูู„ููˆุง ุฒูู„ู’ุฒูŽุงู„ู‹ุง ุดูŽุฏููŠุฏู‹ุง

โ€œMasa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.โ€

(Surah al-Ahzab: 10-11)

Sebahagian ahli riwayat mengatakan Perang Ahzab adalah perang yang paling menakutkan Nabi SAW dan Sahabat RA meskipun hanya berlaku beberapa pertembungan kecil secara berdepan.

Ummu Salamah RA, isteri Baginda SAW sendiri menyebut bahawa:

โ€œTidak ada perang yang lebih melelahkan berbanding perang Ahzab.”

Fahamlah kita mengapa memori Perang Ahzab sukar dipadam daripada fikiran generasi awal Islam lalu diulang-ulang dalam setiap takbir mereka. Ia mengingatkan mereka bahawa bagi setiap kemenangan itu ada suatu rasa gerun dan ketakutan yang sangat menguji. Satu-satunya harapan yang ada ketika itu hanyalah Allah SWT.


Kita Menang Pada 1 Syawal

Takbir membawa konotasi kemenangan. Lalu kita besarkan Tuhan yang memiliki dan mengurniakan segala jenis kemenangan buat kita.

Sepanjang Ramadan, kita berada di sebuah medan tempur yang berbeza-beza. Masing-masing berhadapan dengan musuh yang berbeza, menatijahkan usaha dan perjuangan yang berbeza pula. Tetapi tujuannya sama iaitu kita ingin menang dalam pertarungan ini.

Skala pertarungan terkecil adalah pertarungan menghadapi diri sendiri. Kerana ia terkecil, setiap daripada kita akan mengharungi pertarungan ini.

Hayati erti sebenar raya | Harian Metro

1 Syawal akan memuhasabah kita apakah kita berjaya memenangi pertarungan tersebut ataupun tidak. Malulah kita dan kekoklah juga, jika takbir yang dilafazkan itu terasa kosong kerana kita sendiri merasakan gagalnya pertarungan kita pada bulan Ramadan.

Jika anda dan saya berjaya dalam pertarungan ini, Alhamdulillah!

Tetapi jangan lupa, takbir pada 1 Syawal akan mengingatkan kita bahawa kita ini lemah. Menangnya kita pada bulan Ramadan bukanlah kerana kita ini terlalu kuat. Sebaliknya adalah kerana Allah SWT membantu dan mengizinkan kita untuk menang.

Mari membesarkan Allah SWT, jangan besarkan diri kita. Kerana kita tidak pasti lagi nasib pada bulan-bulan yang berbaki ini sebelum kita bertemu semula dengan bulan Ramadan. Dia jugalah yang layak memberi izin, sama ada kita ini konsisten ataupun tidak setelah tamat Ramadan.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, wa lillahil hamd!

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Penulisan oleh,

Khubaib Akhi,

Editor IMAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *