Masih Kabur Apa ‘Passion’ Anda? 4 Platform Ini Mungkin Dapat Membantu Untuk Mencari ‘Passion’ Itu

Spread the love

“Follow your passion.”

“Love what you do and do what you love.”

Ini antara kata-kata pilihan yang mesti ditampal di depan meja study, atau digantung dalam kelas sewaktu di sekolah dulu. Pada waktu itu, yang sering terbayang-bayang di mata kita bila membaca quotes tu adalah, apalah karier kita waktu kita besar nanti. Pada kita, ‘passion’ sama dengan (=) karier. Namun selepas hampir 10 atau 15 tahun berlalu, adakah perspektif kita masih sama?

Passion lahirkan energi

“Passion…”, bak kata Oprah Winfrey, “… is energy. Feel the power that comes from focusing on what excites you.” 

Ia adalah keinginan yang membara sehingga menambahkan energi diri. Energi inilah yang buat kita tak tidur malam mengerjakannya, berbuat sehabis baik, dan memungkinkan kita mengorbankan masa rehat, tenaga dan seluruh perkara. Energi adalah ini berharga dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk diri dan orang sekeliling. Tanpa passion, kuranglah energi. Jadi  passion itu perlu dicari dan dimanfaatkan!

Becoming Truly Energetic and Alive | Isha Sadhguru

“Passion saya apa?”

Ramai yang ada persoalan ini, tak kiralah anak muda atau yang telah dewasa. Setiap manusia lahir dengan potensi atau minat yang tersendiri. Seperti sabda Rasulullah SAW;

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islamnya.” 

– Sahih Bukhari

Setiap logam tak sama, tapi ada nilai tersendiri. Ia keras, namun jika diposisikan dalam suasana yang sesuai, maka ia mampu dilentur dan dibentuk. Begitu juga manusia. Jika diperhatikan anak-anak kecil, tampak jelas keinginan dan minat mereka. Mungkin waktu itu tiada yang perlu mereka ambil beratkan. 

Namun seiring masa, jika tidak pandu dan disuburkan, passion itu mungkin mula dikaburi dengan tanggung jawab yang perlu dipenuhi. Contohnya pelajar sekolah yang perlu dapatkan sebilangan A dalam peperiksaan peringkat nasional, atau graduan yang perlu bekerja untuk menyara hidupnya. Passion diketepikan untuk menuruti norma sosial. Maka kita kehilangan sumber energi yang berharga ini.

Mencari passion yang telah kabur

Passion mungkin hanya kabur, tapi bukan hilang. Jadi kalau telah kabur, kita masih boleh mencarinya sekali lagi. Ia demi mengerjakan sebuah pekerjaan (karier) dengan penuh energi dan menimbulkan potensi terbaik yang ada dalam diri kita.

Tak tahu nak bermula daripada mana? Kata Noeline Kirabo dalam TED Talk-nya, pencarian passion boleh bermula dengan menanyakan diri kita dua soalan. 

Soalan pertama, kalau awak ada semua duit dan masa di dunia ini, awak akan gunakan duit dan masa itu untuk apa? 

Soalan kedua, apa yang dapat buat awak gembira atau memberi kepuasan terdalam dalam hati awak? 

Tak ramai yang dapat menjawabnya dengan pantas sebab mereka tak pernah memikirkan tentangnya. Semasa refleksi ini, mungkin timbul ilham tentang apa skil dan bakat yang awak telah ada, atau apa pengalaman yang sudah awak lalui. Menyoroti proses refleksi ini mungkin menemukan awak dengan passion awak suatu masa dulu. 


Mula Berbuat!

Refleksi cuma fasa pertama. Tidak cukup hanya dengan berfikir, kita perlu mula berbuat. Kata Marie Forleo;

“You can’t find your passion by thinking about it in your head…. Clarity comes from engagement, not thought.” 

Setelah refleksi, pasti ada beberapa idea tentang passion kita yang muncul dalam fikiran. Buat pilihan, kemudian mula bertindak. Bertindak dengan terjun ke dalam bidang tersebut – mungkin dengan mencari kerja dalam bidang tersebut, atau menjadi sukarelawan, atau mengambil kelas dalam bidang tersebut. Kuncinya, start to engage!

Sebelum bekerja dalam bidang tersebut, atau mendapatkan pelajaran secara formal, cuba belajar sendiri dahulu. Untuk berbuat, tak semestinya kita perlu menghadapi risiko atau kos yang tinggi. Dalam dunia digital kini, semua perkara boleh diakses dari rumah kita sendiri – dan ada yang percuma sahaja! Kita boleh mula berjinak-jinak (semula) dalam sesuatu bidang dengan belajar di pelbagai platform yang tersedia.

Empat cadangan platform untuk kickstart pencarian passion awak ialah:

  1. TED – Ada pelbagai topik yang dikongsikan di TED – daripada activism, advertising, agriculture hinggalah ke virtual reality, writing dan youth. Penyampainya datang dari pelbagai latar belakang – ada profesor di pusat pengajian tinggi, usahawan, aktivis mahupun pengembara. Penyampaian mereka dibentuk dalam satu suasana penceritaan yang sangat engaging. Semua penyampai pasti berkongsi idea yang menjentik akal kita untuk bertindak atau meneroka dengan lebih dalam. Ia buat kita fikir pelbagai kemungkinan di masa hadapan.
  1. Crash Course – Ia adalah satu channel di Youtube. Cara susunan topiknya lebih komprehensif dan sistematik berbanding di TED. Pilihan-pilihan yang ada nampak seperti pilihan kursus di universiti, contohnya Chemistry, Philosophy, Sociology, Theatre and Drama, namun percayalah, penyampaiannya mudah difahami dan sesuai untuk beginners seperti kita. Apatah lagi videonya pendek saja untuk setiap topik, dan yang penting, relatable serta menghiburkan! 

    Saya sangat sarankan menonton channel ini, terutamanya untuk yang akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, untuk get some idea tentang kursus yang ingin atau bakal diambil. Get some prerequisite knowledge before you start the real journey. Mungkin ia akan memudahkan proses pembelajaran yang seterusnya.

  2. Coursera – Sebuah platform pembelajaran yang menyediakan bidang-bidang kursus seperti channel Crash Course. Bezanya, kebanyakan kursus dianjurkan oleh universiti-universiti dari seluruh dunia. Ada yang percuma, ada yang berbayar jika mahukan sijil di akhir pengajian, dan ada juga kursus yang wajib dibayar. Ia bergantung kepada jenis dan tahap kursus yang mahu diambil. 
  1. SkillShare – Seperti Coursera, kelas-kelas di SkillShare ada yang berbayar, ada yang percuma. Namun platform SkillShare lebih banyak tawarkan kelas yang berbentuk skil hands-on, contohnya penulisan, ilustrasi, fotografi, pembangunan web, keusahawanan dan produktiviti. Untuk memudahkan pemilihan kelas percuma, awak boleh pilih jenis kursus yang diminati, kemudian gunakan kemudahan filter untuk paparkan kelas yang percuma saja.

Nah, ada lebih 1,000 pilihan terhidang di hadapan awak sekarang. Tapi jangan overwhelmed pula. Kita memang ada banyak pilihan dalam dunia ni, dan mungkin banyak minat, dan banyak potensi. Tapi untuk master dalam satu-satu bidang, perlukan fokus dan masa. Cuba untuk fokus satu atau dua dalam satu-satu masa, mengikut komitmen sedia ada masing-masing. Kemudian adakan progress review setelah 3 atau 6 bulan. 

Motivasi untuk Self-Learning

Sebenarnya tak mudah untuk belajar sendiri atau self-learning ni. Perlukan keinginan dan kesungguhan yang kuat. Mungkin kesungguhan ini juga boleh jadi satu indikator sama ada ia passion kita atau tidak. Seperti disebut di awal tadi, passion adalah energi yang membara dalam diri kita, sehingga sanggup mengorbankan waktu rehat untuk melakukannya. Jadi kalau kita tak cukup termotivasi untuk mula belajar sendiri, mungkin ada passion lain yang menanti untuk kita teroka. Selamat meneroka diri!

Ini antara beberapa cadangan cara untuk mencari passion awak. Awak pernah ada pengalaman mencari passion?

Kongsikan cabaran yang pernah awak lalui dalam bahagian komen di bawah. Perkongsian awak mungkin membantu rakan-rakan yang lain yang sedang mencari passion mereka. 

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Ditulis oleh,

Jannatun Nisa Jahasnum,

Head Of Business Development Unit IMAN.

03 comments on “Masih Kabur Apa ‘Passion’ Anda? 4 Platform Ini Mungkin Dapat Membantu Untuk Mencari ‘Passion’ Itu

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *