Kekal Positif Dengan Mindset Yang Betul

Spread the love

Apa yang berlaku di dalam negara kita kini menjadikan diri kita serba serbi tidak pasti akan apa yang berlaku pada masa depan. Apatah lagi tatkala vaksin belum ditemui, dikatakan Covid-19 ini barangkali akan kekal dihadapi kita sehingga hampir dua tahun.

Ada di antara kita sudah pasti mendapat kesan daripadanya, sama ada kehilangan pekerjaan, mahupun dikurangkan gaji. Tidak sedikit yang mempunyai cabaran untuk makan sesuap nasi ataupun berjuang di dalam rumah untuk memastikan pendidikan anak-anak di rumah tetap berjalan lancar.

Bagaimana kita boleh mampu kekal positif pada saat ketidakpastian yang seolah-olah tidak berpenghujung ini? Apa yang boleh kita lakukan sehinggalah keadaan kembali stabil semula?

Untuk kekal positif, kita harus menukar cara berfikir kita.

Kita takkan mampu mengubah faktor luaran. Kita takkan mampu ubah keadaan yang berlaku pada kesihatan mahupun kewangan negara. Tetapi kita mampu ubah apa yang ada pada diri kita.

Do Something Great neon sign

Perubahan yang pertama adalah MINDSET.

Cara kita berfikir sangat menentukan mood dan tindakan kita. Ia juga membentuk cara kita bergaul dan produktif di dalam pekerjaan.

Ada juga jenis mindset pada manusia; fixed mindset dan growth mindset.

Kesemua kita memiliki kedua jenis mindset ini, bergantung kepada keadaan yang berlaku kepada kita. Ia boleh bertukar-tukar berikutan peristiwa yang berlaku pada kita. Maka, kita perlu kenal, apakah itu fixed mindset dan growth mindset.

Fixed Mindset

Fixed mindset berlaku berikutan peristiwa kita yang silam. 

Kita merasakan apa-apa sebelum ini yang dibuat atau yang berlaku, maka begitulah keadaan itu harus tetap dalam kehidupan kita. Jika kita sudah pandai akan sesuatu, maka kita merasakan kita sudah sampai ke tahap optimum kepandaian itu. Kita gagal untuk unlearn to relearn. Kita tidak mahu menangkap ilmu dan pandangan dari sisi yang lain untuk mengubah nasib hidup kita.

Big head human think growth mindset different fixed mindset ...

Peristiwa Covid ini banyak menyedarkan kita betapa sukarnya kita berubah dari fixed mindset kita ini. Untuk tahun 2020, kita sudah rancang dan susun betul-betul kehidupan kita, namun dalam sekelip mata, kehidupan kita berubah 180 darjah. 

Jika kita tetap dalam keadaan fixed mindset, kita akan kecewa. Kita merasa diri kita gagal. Kita merasakan diri kita tidak berguna. Kita merasakan segala-galanya tidak berpihak kepada kita. 

Sedangkan apa yang kita perlukan adalah untuk berubah dari fixed mindset kepada growth mindset

Growth Mindset

Growth mindset ini adalah cara berfikir yang terus menerus mahu membaiki dan belajar

Growth mindset bermakna kita harus mengakui kelemahan diri kita, dan mengubah keselesaan kita dari perkara pasti kepada perkara yang tidak pasti. Growth mindset ini mengubah diri kita yang selesa untuk lihat dan tunggu, kepada mengambil risiko dan bertindak untuk mengubah diri.

Selagi mana kita tak mencuba, kita tak pernah tahu potensi kita. 

Selagi mana kita kekal dalam fixed mindset, seperti merasakan kejayaan kita hari pasti berulang disebabkan kita pernah berjaya pada masa silam, kita akan gagal. Kita akan kecewa dan kita akan stress. Tetapi jika kita melihat cabaran pada musim Covid ini sebagai tempat pembelajaran kita untuk mencuba sesuatu yang baru dan ubah nasib kita, kita akan berjaya.

Ayuh kita perlahan-lahan berubah kepada cara fikir dan mindset yang betul – growth!

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Ditulis Oleh:,

Muharikah,

Founder dan Penulis IMAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *