Chess Dan Organisasi

Spread the love

1. Pawn

 Pawn ialah buah catur yang bersusun di hadapan sekali. Mereka ialah pelaksana. Mereka ialah penggerak dalam sesebuah organisasi. Dan setiap daripada mereka mempunyai potensi besar yang bisa digilap jika kita menggerakkan dan membimbing mereka ke hadapan sebaiknya.

Pawn mempunyai potensi untuk menjadi Knight, Bishop, Rook dan Queen.

Sesetengah orang fikir Pawn ialah buah catur yang boleh sesuka hati dibazirkan untuk mencapai matlamat. Salah tu. Dalam permainan catur, jika Pawn telah habis, King akan terdedah pada bahaya ancaman.
Begitulah juga dalam organisasi. Tanpa pelaksana dan petugas-petugas yang berpotensi untuk menerajui operasi organisasi, sebuah organisasi lambat laun akan kecundang.

 

2. Knight

 

Bagi pemain catur, Knight ialah buah catur yang istimewa tidak seperti buah catur yang lain. 

Knight boleh “melangkah” buah catur lain untuk ke hadapan, dan pergerakannya yang fleksibel selalu sukar dijangka. Selalu orang gerun dengan buah catur Queen, tetapi Knight ialah buah catur yang efisien jika hendak menumbangkan Queen.

Dalam sesebuah organisasi, Knight ialah mereka yang mampu melihat jauh ke hadapan, seorang yang visionary dan strategis. Orang selalu akan sukar menjangkakan gerak seorang Knight. Mereka ialah orang yang selalu melihat apa yang orang lain tidak mampu lihat.

 

3. Bishop

 

Dalam permainan catur, pada pusingan-pusingan awal permainan terutamanya, jika musuh tersilap meletak buah catur, anda akan lihat tiba-tiba Bishop keluar dan membereskan musuh – ya pemain catur selalu meletakkan Bishop sebagai perangkap. 

Bishop ialah seseorang yang berfikiran kritis dan analitikal. Bishop hanya akan mampu melakukan perangkap sedemikian hanya sekiranya pemain tidak tersilap dalam langkah-langkah sebelumnya yang boleh merugikan peluang.

Begitulah Bishop, dalam organisasi, mereka ialah orang yang menjadi check and balance kepada Knight. Jika Knight seorang yang idealistik dan visionary, Bishop ialah seorang yang realistik dan kritikal. Data-data selepas dan semasa sangat penting untuk seorang Bishop merangka gerak kerja ke hadapan.

 

4. Rook

 

Rook ialah buah catur yang orang katakan sebagai benteng terakhir yang akan mempertahankan King. 

Rook tidak sefleksibel Knight, dan tidak seperti Bishop yang selalu kita gunakan untuk menyerang, bahkan jika tidak berhati-hati terkadang tak pasal-pasal Rook milik kita senang-senang ditumbangkan musuh. 

Tumbangnya Rook dalam permainan catur merupakan petanda buruk bahawa kita akan alami kesukaran hendak menyekat kemaraan gabungan Queen dan Bishop pihak lawan dalam men-checkmate-kan kita.

Dalam organisasi, Rook ialah mereka yang mampu berfikir dan bertindak dengan pantas dan efisien walau dalam keadaan yang gawat dan genting yang memerlukan keputusan segera. 

Dalam keadaan yang tidak genting tidak dijangka, Bishop sukar membuat keputusan dan Knight mungkin akan bertindak terburu-buru. Seorang Rook ialah mereka yang selalu menyelaraskan kembali prinsip dan pegangan ahli yang lain. Mereka ialah benteng kukuh kepada tegaknya prinsip dan budaya kerja dalam organisasi.

5. Queen

 

Catur kesayangan kebanyakan orang. Jika terburu-buru menyerang, Queen-lah yang akan terbunuh dulu sebelum Knight, Bishop dan Rook. 

Queen ialah catur yang boleh bergerak ke semua arah (fungsi Bishop + Rook) tetapi tidak seperti Knight. Bijak menggerakkan Queen, sekejap sahaja boleh checkmate pihak lawan walaupun pusingan perlawanan baru sahaja bermula.

Dalam organisasi, Queen bukanlah seperti terma ‘queen-control’, tetapi ialah mereka yang fleksibel dan kompeten dalam team player. Letaklah dia di mana-mana, dia akan excel dan cemerlang. Mampu adaptasi dengan cepat. Ada masa dia seperti Bishop, ada masa dia seperti Rook. 

Sebagaimana pemain catur kebiasaannya suka memilih Queen, seperti itulah juga dalam sesebuah organisasi. Sebab jika sesebuah organisasi kekurangan Rook dan Bishop, mereka yang memiliki perwatakan Queen boleh memenuhinya. Jarang-jarang sekali Queen jadi seperti Knight, seperti dalam Chess, Queen tidak mampu bergerak seperti Knight, tetapi ada ketikanya juga Queen mampu menyaingi juga seorang Knight. 

 

6. King

King ialah catur utama dalam permainan catur. Pemain catur perlu menamatkan permainan dengan checkmate-kan King musuh, dalam masa yang sama pertahankan King sendiri. Gerakan King sangat fleksibel, tetapi terhad.

King saya mengandaikannya sebagai organisasi itu sendiri. 

Berdirinya dengan sebuah impian, prinsip, visi dan misi yang mana semua itu memerlukan satu team untuk menjayakannya – itulah Pawn, Knight, Bishop, Rook dan Queen. Sebuah organisasi akan mengalami kesukaran untuk berjaya jika kekurangan ahli yang sedemikian.

 

Apa akan jadi sekiranya semua buah catur kita hanya buah catur yang sama?

Jika semuanya Pawn, kita akan kekurangan mereka yang boleh membimbing Pawn dan kekurangan daya kritis, visionary, berprinsip dan kompeten. Organisasi hanya ada pengikut dan bukan pemimpin.

Jika semuanya Knight organisasi akan jadi tidak tersusun. 

Jika kesemuanya Bishop, organisasi hanya akan berada di comfort zone dan tidak berani mencuba. 

Jika kesemuanya Rook, organisasi tidak akan mampu berkembang dan scale up. 

Jika kesemuanya Queen, organisasi tidak akan mampu berfokus dan sukar untuk meletakkan hala tuju bersama kerana masing-masing punya perwatakan dominan.

Begitulah sebuah organisasi memerlukan sinergi kesemuanya dan dinamik antara team player.

 

 

Memetik kata CEO IMAN, Fatin Syamimy yang selalu beliau ulang-ulang; 

I always looking forward to see the dynamic of the team in IMAN. Dinamik ini bukan boss cakap dan yang lain ikut semata, tetapi bagaimana kepelbagaian dalam sebuah team itu saling mahukan yang terbaik.”

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Penulisan oleh,

Syeraho,

Editor IMAN.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *