4 Buku Mengenai Kehidupan Yang Anda Perlu Baca

Spread the love

Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh lari dari dibelenggu pelbagai masalah kehidupan. Sama ada ianya kecil atau besar, ia tetap perkara yang perlu kita hadapi. Bersama ini saya sertakan 4 buku yang boleh membantu kita dalam mencari tahu kehidupan atau jalur hidup dari sudut yang berbeza. Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari bersama dalam kehidupan ini.

1. Rehatkan Hati Dengan Solat

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Kita mencari kerehatan dengan hiburan, makan-makan, jalan-jalan, bahkan juga solat. Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan, dirasakan seperti beban.
Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai. Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Hakikatnya, jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah sebuah solat yang tulus penuh makna.

2. Hiduplah Untuk Hari Ini

Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis.

Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia; dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik. 

Masa lalu tidak boleh diubah, masa hadapan pula tidak boleh diramal.

Namun, kita masih memiliki hari ini untuk ditempuhi dengan lebih baik dan meraih ketenangan dalam hidup kita.

3. Terusir

Cerita di dalam novel ini berkisah tentang perjalanan cinta yang dibumbui fitnah, pengorbanan, kehilangan, dan permusuhan berliku dari adat Minang. Namun, menggunakan latar tempat di Tanah Medan, Sumatera Utara dan Kota Jakarta. 

Dengan kepiawaiannya, Penulis sekaligus Ulama ini meracik alur konflik yang begitu kompleks. Tentunya, membuat kita semakin penasaran mengetahui alur selanjutnya. Sebentar-sebentar dia dihidangkan dengan episod menegangkan, mengharukan, membuat emosi, kadang ada kejenakaan, dan keromantisan. Alurnya bergelombang, memainkan perasaan pembaca sehingga tidak membosankan. Penggunaan gaya bahasa Melayu dalam novel ini, membuat suasana Tanah Sumatera terasa semakin kental.

4. Erti Beragama Yang Hilang

Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.

Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.

Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalah fahami.

Begitulah beberapa buku yang boleh kita ambil pengajaran dan hikmah darinya. Buku keempat tersebut adalah buku terbaru IMAN PUBLICATION. Boleh dapatkan kesemua buku-buku ini di imanshoppe.com

 

(Visited 62 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *