5 Tips Memupuk Minat Membaca

Spread the love

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) datang lagi, namun itu bukan alasan untuk kita terus lesu atau tidak bersemangat.

Bagi mereka yang baru ingin menjinakkan diri untuk membaca buku di musim PKP 2.0 ini, mari saya cadangkan beberapa tips untuk kita sama-sama pupuk minat untuk membaca dari awal. Jom!

Bagi mereka yang memang suka membaca juga selalu mengalami TSUNDOKU (gemar membeli buku baru walaupun masih banyak buku yang masih belum dibaca) kan untuk membaca buku seterusnya. Itu semua tidak salah! Mari kita belajar sama-sama.

 

1. Mulai dengan membaca buku genre yang anda suka

Penting untuk memilih buku yang anda suka isinya. Cara ini mampu buat anda bahagia dan ingin menghabiskan keseluruhan buku dengan cepat.

Bagi mereka yang ada anak-anak kecil di rumah, bacakan sekali buku bersama mereka dan terapkan keseronokan ketika membaca.

 

2. Meluangkan masa skrol kedai buku atas talian

Disebabkan sekarang kita tidak boleh keluar ke mana-mana kedai buku. Gunakan peluang duduk di rumah ini dengan melayari kedai-kedai buku atas talian. Cara ini juga memudahkan anda untuk membuat pencarian Google buku-buku yang menarik. Di samping terus melihat ‘rate’ atau resensi mereka yang sudah membaca buku tersebut.

 

3. Menyorokkan notifikasi media sosial anda

Tidak dinafikan kehadiran gadget dan media sosial sedikit sebanyak telah melekakan kita dari asyik membaca buku. Perkara ini sama sekali tidak salah, malah ada yang membaca ebook dari gadget mereka sendiri kerana lebih mudah. Namun kadang-kadang notifikasi yang kadang-kadang muncul itu yang buat kita terganggu.

 

4. Mulakan dengan bacaan ringan

Biasakan membaca dengan sesuatu yang kecil. Mulai dengan bacaan dari portal berita atau artikel ringkas juga sudah memadai. Lama-lama anda akan mulai sedar buku genre apa yang anda minati. Mulakan dengan beberapa halaman juga sudah memadai. 

5. Mencipta ruang membaca atau susun buku dengan cantik

Mempunyai ruang dan rak buku sendiri mampu buat anda lebih bersemangat dan sudah membuktikan minat anda ke arah membaca sudah bertumbuh. Dengan menyusun buku-buku anda dengan cantik dan kemas juga mampu menambah spot bergambar untuk anda kongsikan dalam media sosial #eh haha. 

Sesiapa yang mengenali sosok Najwa Shihab, beliau ada pesan yang sangat menarik:

“Cuma perlu satu buku untuk jatuh cinta pada membaca. Carilah buku itu. Mari jatuh cinta.”

Jom cari buku yang mampu buat anda terus jatuh cinta padanya! Anda akan juga akan jatuh cinta pada membaca.

Follow telegram Kak Iman untuk dapatkan semua berita terkini. >> t.me/KakIman

Penulisan oleh,

Nadhirah Kamarudin,

Eksekutif Sosial Media IMAN.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *