5 Sebab Kenapa E-book Semakin Menjadi Pilihan

Spread the love

Menjelang tahun 2000, buku elektronik atau juga dikenali secara global sebagai e-books menjadi satu alternatif bagi buku fizikal. Buku elektronik adalah satu bahan bacaan yang menyerupai 100% buku fizikal cuma isi kandungannya disimpan dan dijual dalam bentuk digital. Justeru, selain buku fizikal, orang zaman sekarang berpeluang untuk memiliki buku elektronik walaupun judul yang sama.

Kenapa e-books menjadi alternatif kedua selepas buku fizikal? Apa punca yang menyebabkan peningkatan pembelian dan pemilikian buku elektronik? Berikut adalah lima sebab kenapa e-books semakin menjadi pilihan orang generasi kini sebagai bahan bacaan.

1.       Lebih murah.

Buku elektronik selalunya lebih murah daripada harga buku fizikal. Ini disebabkan kos percetakan buku yang selalu ada pada penghasilan buku fizikal dapat ditiadakan. Kelebihan harga murah ini menyebabkan ulat buku dapat membeli buku-buku yang dimahui terutama sekali dari luar negara tanpa perlu terbeban. Pendek kata, dengan harga satu buku fizikal, dapat beli dua atau lebih buku elektronik dengan jumlah yang sama.  

2.       Lebih mudah dibawa ke mana-mana.

Buku fizikal mempunyai berat dan ruang tertentu. Apabila diisi ke dalam beg yang mempunyai ruang terhad dan untuk perjalanan jauh, si pemilik pasti akan berfikir banyak kali dan terpaksa memilih buku yang boleh dibawa. Pilihan jadi terhad, hanya boleh bawa 2-3 buah buku saja. Bila banyak, beg jadi berat, badan pun tak selesa. Ini tidak berlaku pada buku elektronik. Anda hanya perlukan memori dalam peranti seperti telefon pintar atau komputer riba saja sebagai ruang simpanan. Dengan 1GB saja, anda boleh bawa hampir seluruh ­e-books yang ada dalam koleksi anda ke mana-mana.

3.       Jimat ruang simpanan di rumah.

Jika anda memiliki ruang rumah yang kecil, simpanan buku-buku yang anda beli menjadi terhad. Ini terjadi masalah terutamanya apabila anda menyewa bilik. Apabila anda membeli buku baru, anda terpaksa let go buku-buku lama dalam kutubkhanah anda atau menghantarnya pulang ke kampung atau rumah ibu bapa. Dengan buku elektronik, semua buku-buku anda itu boleh disimpan secara maya sahaja. Tak perlu risau tentang ruang fizikal. Beli seberapa banyak yang anda mahu, ruang digital masih tak ketemu sempadannya! Asalkan anda memiliki peranti untuk medium membaca, kad memori simpanan, dan elektrik; buku elektronik adalah kepunyaan anda.

4.       Mudah akses (baca).

E-books boleh dibaca walaupun anda tidak berada di tempat yang mempunyai coverage internet. Buku-buku elektronik boleh dimuat turun ke peranti anda tanpa banyak masalah. Jika buku elektronik yang dimuat turun itu mempunyai DRM (digital right management) atau hakcipta, selalunya platform yang menawarkan jualan buku tersebut mempunyai perisian atau app khas sebagai akses membaca. Selain disimpan dalam memori peranti peribadi, ­e-books yang anda miliki turut boleh dimuat turun dan disimpan dalam cloud storage. Kelebihan cara ini, anda boleh membaca buku-buku anda itu pada pelbagai peranti berbeza dan banyak peranti pada satu-satu masa. Asalkan anda mempunyai cara untuk mengaksesnya seperti username, password, atau e-mel.

5.       Cepat dimiliki.

Antara kelebihan paling besar yang dimiliki oleh e-books adalah kebolehan untuk memiliki buku tersebut dalam tempoh singkat selepas saja selesai pembayaran. Ia seperti anda membeli buku di kedai buku, cuma buku yang anda bakal perolehi adalah dalam bentuk digital. Apabila anda membeli buku fizikal secara online, anda terpaksa menunggu beberapa hari sebelum anda berjaya memiliki buku tersebut. Jika melibatkan pembelian buku dari luar negara, tempoh menunggu anda itu akan berganjak sehingga berbulan-bulan. Risiko bagi kiriman jarak jauh memangkin buku anda itu sampai dalam keadaan yang tak memuaskan. Bahkan ada risiko kehilangan dan kiriman tak sampai ke atas anda, sedangkan anda sudah mengeluarkan belanja besar bagi membeli buku fizikal tersebut.

Ada banyak lagi sebab kenapa buku elektronik menjadi pilihan pada zaman sekarang. Apabila dunia internet dicipta, pelbagai inovasi mampu dihasilkan. Pendek kata, ia endless.

Selain buku fizikal Iman Publication turut mengeluarkan buku dalam bentuk elektronik. E-books terbitan Iman Publication boleh didapati di Google Play Books, Amazon Kindle dan e-Sentral. Koleksi buku Iman Publication yang lengkap ada di Google Play Books. Taip judul beserta nama penulis yang anda mahu cari di platform tersebut. Jika anda berminat, boleh teruskan dengan pembayaran. Selamat mencuba!

(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *